Pemburuan haram

Pemburuan haram ialah perbuatan pengambilan atau pemburuan sebarang haiwan liar, lazimnya haiwan liar yang melanggar undang-undang dan biasanya dikaitkan dengan hak penggunaan tanah.[1][2] Selain itu, istilah ini juga merangkumi pengambilan tumbuhan liar secara haram.[3] Pengambilan haiwan ternakan haram pula disifatkan sebagai pencurian dan bukannya pemburuan haram.[4]Pemburuan haram disifatkan sebagai undang-undang alam sekitar. Dalam hal ini, pemburuan haram ditakrifkan sebagai perbuatan-perbuatan yang melanggar undang-undang perlindungan sumber semula jadi termasuk pengambilan hidupan liar secara haram dengan tujuan pemilikan, pengangkutan, pemakanan, penjualan atau penggunaan anggota-anggota badan. Jenayah ini disifatkan sebagai salah satu ancaman-ancaman ketara terhadap pemeliharaan haiwan dan tumbuhan.[5] Ahli-ahli pemuliharaan serta biologi alam sekitar berkeputusan bahawa pemburuan haram membawa kesan buruk kepada biokepelbagaian di dalam dan luar kawasan lindungan alam sekitar seperti pengurangan populasi hidupan liar serta gangguan fungsi ekosistem.[6]